Hari Kemerdekaan Yang Memalukan

It Happened to Me, It Could Happen to You

by Lau Chee Kin on Tuesday, August 31, 2010 at 8:14pm

The typical Merdeka Eve night started with an urge to watch the fireworks celebration in KLCC ended up in a racist attack by a group of teenagers. So, me and a friend of mine thought of a good solution to avoid the traffic jam in that area by walking from the office in Jalan Imbi through Pavillion, to Jalan Kia Peng through Convention Center to KLCC.

Sounds like an ideal plan as the path is a frequent walkway and is even advertised in Pavillion as ‘Bridge to KLCC’. (Just to note that we didnt go into any dark alley)

At 10.15pm, we started walking towards Pavillion, stopped to get a drink at Starbucks and proceeded ahead. As we walk, we came across people from various races and foreign tourists along the way.

On Jalan Kia Peng, we walked past Novotel Hotel, Hakka Restaurant, Menara HLA and was reaching the junction of Jalan Pinang when a group of about 10 teenage Malay youngsters walking from the opposite direction. They looked like typical youths, giggling and talking to each other.

As we walked past them, suddenly one of them turned around and started to make a flying kick to my friend. Noticing the ‘fun’ he is having, his other friends started to do the same to me. It was so sudden and all I was thinking at the moment was, “What the hell did we do to them?”

(continue reading…)


Pandangan Peribadi Roime Bin Puniran

Taken From A Facebook Link


Hari Kemerdekaan ke 53 Bukan Melayu Perlu Tahu Melayu dan Islam Yang Sebenar

The Great Islam

Also appear in:

Malaysia Today

AR RISALAH

Oleh :  Shen Yee Aun

Hari Kemerdekaan ke 53 Bukan Melayu Perlu Tahu Melayu dan Islam Yang Sebenar

Perpaduan tidak dapat dicapai sekirannya kita yang berbangsa bukan Melayu ada prejudis , pemikiran negatif , perasaan takut dan gementar dan salah faham dan pandangan terhadap erti Melayu dan Islam yang sebenar. Kita akan cenderung untuk lebih menjarakkan dan menjauhkan diri daripada mereka.

Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelangga. Jangan disebabkan beberapa pemimpin Melayu yang memiliki kepentingan politik dan peribadi sendiri dengan menggunakan nama Melayu dan Islam sebagai alat dan senjata maka kita terus menyalahkan seluruh komuniti Melayu dan Islam.

Keris

Sebelum ini ada seorang pemimpin Melayu menghunus keris ke langit dan mencabar bukan Melayu jangan mencabar mereka. Bukan Melayu kena faham bahawa itu bukan budaya dan adat Melayu. Hakikatnya dalam adat mereka keris tidak boleh dihunus sesuka hati. Keris hanya boleh dihunus apabila mereka dicabar dan bukannya digunakan untuk mencabar. Sebab itu dalam adat Melayu ada pepatah menyatakan biar mati anak jangan mati adat. Namun ada juga sebilangan pemimpin yang lebih rela biar mati adat jangan mati UMNO.

Terdapat juga seorang pemimpin Melayu di Pulau Pinang yang menyatakan Cina adalah pendatang. Tindakan biadap dan kurang ajar ini juga bukan Melayu. Melayu yang sebenar kaya dan budi perkerti dan budi bahasa mereka. Jika benar sekalipun bukan Melayu adalah pendatang maka Melayu yang sebenar dalam budaya dan karya kesusasteraan mereka merupakan satu – satunya bangsa di dunia yang banyak menekankan tentang melayan tetamu mereka dengan baik.

Dalam Islam juga merupakan antara agama yang amat memuliakan tetamu.

“Setiap kamu terhadap kehidupan ini adalah seperti rumah tamu. Setiap hari kamu dikunjungi pelbagai tamu dengan pelbagai kerenah. Bukalah pintu untuk mereka dan layan sebaik yang kamu mampu. Andai kamu menutup pintu, kamu sangka diri makin selesa tetapi hakikatnya kamu semakin kehilangan segala-galanya”.

(Jalaluddin al-Rumi)

Hak Beragama dan Beribadat

Terdapat juga segelintir pemimpin Melayu yang tidak menghormati hak beribadat dan beragama orang lain. Mereka ini bukan Islam yang sebenar. Realitinya dalam perlembagaan madinah iaitu perlembagaan pertama di dunia yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri memperuntukkan fasal – fasal perundangan untuk melindungi bukan Islam termasuk Yahudi dan mereka bebas mengamalkan dan mempraktikkan agama mereka.

(continue reading…)


Reply To Angkatan Mahasiswa Nasional Comment

saye terkejut dgn berita ini,

saya sendiri masih keliru sama ada Ronnie Liu dipihak yang benar ataupun Mr. Tee. mungkin shen yee aun perlu jelaskan. Setahu saya, Mr. Tee belum lagi mempunyai rekod buruk sepanjang perkhidmatan beliau, tetapi Ronnie Liu terlalu bnyk rekod yang agak mendukacitakan sepanjang menjadi Exco Kerajaan Selangor yang tidak perlu saya perjelaskan disini.

Dalam isu ini Ronnie Liu silap dari segi perundangan tetapi Tee Boon Hock silap dari segi moral dan etika. Sangat subjektif untuk kita menyatakan siapa yang benar dan siapa yang salah. Terpulang pada dimensi pandangan individu. Saya berpihak kepada Tee Boon Hock kerana merasakan kita tidak boleh menghukum seseorang yang tidak silap dari segi perundangan walaupun silap dari segi moral dan etika. Lagipun proses hukuman negeri dan DAP banyak keraguan yang perlu dijawab. Lagipun secara peribadi saya tahu Ronnie Liu memainkan isu ini dan menjadikan Tee Boon Hock sebagai mangsa demi kepentingan politik dalamannya sendiri)

(continue reading…)


Merdekakan Namewee

Namewee

Oleh : Shen Yee Aun

Merdekakan Namewee

Menjelang Hari Kemerdekaan yang ke 53 negara kita masih belum lagi merdeka sepenuhnya. Kita masih lagi dijajah oleh politik perkauman yang dimainkan tanpa sebarang had dan batasan. Negara maju sedang sibuk bersaing dan berpolitik dengan polisi yang terbaik negara Malaysia masih lagi cuba menjadi raja dalam mempermainkan emosi rakyat.

Saya cukup terkilan dan benggang dengan Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang mencadangkan supaya tindakan diambil terhadap Namewee. Keadaan ini sekali membuktikkan ahli politik negara kita masih lagi dijajah untuk mencari isu tertentu demi mendapat publisiti murahan yang tidak menguntungkan.

Saya lagi terperanjat apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak yang sebelum ini saya rasa beliau cukup bijak dalam pelbagai isu yang melanda negara kita tetapi kali ini kedangkalan beliau dipaparkan apabila beliau mencadangkan tindakan undang – undang harus dikaji dan diambil terhdap Namewee.

Saya cabar mana – mana individu untuk membuktikkan termasuk Rosnah dan Najib untuk membuktikkan terlebih dahulu setiap segala yang dilemparkan oleh Nawemee merupakan satu fitnah dan bukannya kebenaran terlebih dahulu.

Dalam isu ini Namewee hanya menyuarakan suara rakyat yang kecewa dengan tindakan seorang pengetua sekolah yang kurang ajar dan biadap dalam kata – katanya. Sehingga hari ini tidak kedengaran sebarang suara daripada PUTERI UMNO untuk mencadangkan tindakan diambil terhadap pengetua yang melampaui batasnya. Tidak kedengaran juga cadangan seorang Perdana Menteri yang sebelum ini saya anggap cukup bijak untuk mengheret guru ini ke muka perundangan dan pengadilan.

(continue reading…)


Ridhuan Tee Perlu Diajar ( 2 )

Oleh : Shen Yee Aun

Apakah kita masih tidak dapat melihat kenapa Nizar Jamaluddin masih boleh menjadi ketua pembangkang, sedangkan kerusi PAS amat kecil bilangannya di DUN Perak? Begitu juga dengan di parlimen, kenapa Anwar Ibrahim masih boleh menjadi ketua pembangkang sedangkan kerusi ultra kiasu lebih banyak berbanding dengan parti pembangkang yang lain?

Jawapannya mudah, kerana kita sudah cair dan tidak melaung Melayu dan Islam secara berani. Saya tidak yakin Nizar dan Anwar akan dipilih sebagai ketua pembangkang jika mereka saban hari bercakap dan berjuang untuk menegakkan negara Islam atau melaksanakan undang-undang hudud. Hari ini mereka begitu lunak disebabkan oleh kita mula lupa perjuangan yang sebenar. Saya sudah jarang mendengar perkataan hudud dan negara Islam. Yang selalu kedengaran adalah usaha bersama untuk memerangi rasuah dan ketidakadilan yang dikatakan begitu parah berlaku dalam BN, seolah-olah pakatan terlalu bersih. Maknanya, persepakatan yang wujud selama ini adalah berasaskan kepada nilai dan isu, bukannya mencapai matlamat dasar?

Jawapan Saya

Nizar dan Anwar Ibrahim boleh menjadi ketua menandakan bukan Melayu boleh menerima kepimpinan Melayu beragama Islam di negara kita. Bagi mereka bukan soal bangsa dan agama yang menjadi pemimpin tetapi kelayakkan. Faktor toleransi dan penghormatan antara Melayu dan bukan Melayu amat jelas dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

PAS tidak pernah melupai perjuangan mereka. Perjuangan menentang kezaliman , rasuah dan ketidakadilan merupakan perjuangan agama Islam. Jika perjuangan mereka berdasarkan kepada nilai seperti didakwamu maka bukankah nilai yang mereka perjuangan adalah nilai yang diperjuangkan oleh Islam ?

Anwar dan Nizar bukan tidak berani melaungkan Melayu secara berani tetapi matang untuk mengetahui hak dan realiti di negara Malaysia perjuangan dan laungan Melayu tidak akan sesekali merapatkan lagi jurang perpaduan kaum dalam kalangan rakyat. Saya cabar Ridhuan Tee yang serba mahir dalam agama Islam untuk menunjukkan kepada kita bahawa nilai dan perjuangan Islam mana yang menuntut kita lantang memperjuangkan sesuatu kaum dan bangsa semata – mata ? Jangan sesekali mengembalikan kita kepada zaman jahiliah. Semangat berpuak dan assabiyah amat ditentang oleh Islam.


Ridhuan Tee Perlu Diajar ( 1 )

Oleh : Shen Yee Aun

Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

( Adakah Ridhuan Tee tahu realiti bahawa kewujudan rumah ibadat bukan Islam di negara kita adalah sumbangan daripada masyarakat dan penganutnya sendiri ? Kembali kepada sejarah Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dimana baginda sendiri tidak pernah melarang penganut bukan Islam daripada bebas menganuti agama mereka. Perlembagaan pertama di dunia iaitu Piagam Madinah sendiri mempertahankan hak bukan Islam pada ketika itu.

Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?

( Cadangan saudara memang bakul sampah. Mereka adalah rakyat sah di negara Malaysia maka adalah logik , rasional dan adil untuk perjuangan hak mereka dituntut di negara tercinta. Negara asal mereka adalah Malaysia bukannya China kerana mereka lahir dan mati di tanah ini. Yang asal daripada China adalah nenek moyang kamu sendiri saudara Ridhuan Tee yang penuh kejahilan. Sejak bila timbulnya isu perlu ada banyak penganut dalam sesuatu tempat baharu wajar ada patung yang besar ? Kebesaran patung Buddha di Kelantan bukannya menandakan kebesaran patung Buddha itu sendiri tetapi lebih kepada kebesaran hati dan jiwa Islam yang menghormati hak dan agama orang lain dibawah pemerintahan PAS. Jika negeri Kelantan dan Pulau Pinang adanya rumah beribadat bukan Islam masih tidak dapat menafikan bahawa rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina di Sabah dan Sarawak. )

Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

( Jika hak agama dan penganut Islam di negara lain ditindas tidak menandakan negara Malaysia perlu mengikuti cara mereka yang zalim. Itu bukan Islam yang sebenar. Kita sepatutnya buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jangan sesekali mengambil contoh tidak baik daripada negara yang lain maka menghalalkan cara tersebut di negara Malaysia. )


Khalid Ibrahim Tidak Layak Menjadi Menteri Besar

Oleh : Shen Yee Aun

Ramai orang menasihatkan saya supaya menggunakan nama samaran apabila ingin menyerang mana – mana isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Namun saya tetap pada pendirian saya berani kerana benar dan takut kerana salah. Jika perjuangan saya adalah demi kebenaran dan keadilan maka saya tidak kisah menggunakan identiti sebenar.

Saya mula meragui kebijaksanaan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menangani isu dan masalah yang wujud.

Penyiasatan terperinci pun belum lagi dilaksanakan maka beliau sudah membuat persidangan media untuk mengumumkan pemecatan Tee Boon Hock sebagai Ahli Majlis Klang.

Saya tidak menafikan seseorang Menteri Besar ada kuasa dan kapasiti untuk memecat sesiapa sahaja namun dalam dasar dan prinsip Pakatan Rakyat yang hendak membawa pembaharuan kepada rakyat. Rakyat Selangor mengundi untuk perubahan dan bukannya prinsip diktaktor seperti kerajaan Barisan Nasional yang dahulu.

Apa bezanya penahannya ISA tanpa sebarang pembelaan dan perbicaraan dengan pemecatan Tee Boon Hock apabila Tee Boon Hock tidak pernah dipanggil untuk sebarang siasatan? Sehingga hari ini Tee Boon Hock tidak menerima sebarang surat , email , sms dan panggilan untuk sebarang siasatan yang lebih lanjut.

Jika Tee Boon Hock disabitkan atas kesalahan kod etika maka dimanakah kod etika seorang Menteri Besar dalam melaksanakan  hukumannya ?

Di manakah prinsip Keadilan yang kita perjuangkan selama ini ? Saya tidak berminat hendak menjadi peguam atau hakim dalam isu ini untuk menentukan sama ada Tee Boon Hock silap atau tidak.

(continue reading…)


Shen Yee Aun vs Ridhuan Tee

Ridhuan Tee

1. Bezanya, di Barat mungkin mereka tidak berapa kisah jika pemimpin mereka minum arak atau rosak akhlaknya. Bagi yang penting adalah wibawa dan karisma, tetapi norma sebegini tidak dapat diterima oleh masyarakat kita apatah orang Islam. Kita mahukan pemimpin yang baik dalam semua aspek, fizikal dan spiritual atau jasmani dan rohani.

Komentar Shen Yee Aun

Isu arak bukan satu – satunya isu untuk mengukur nilai dan akhlak seseorang. Bagaimana pula isu pemimpin seorang Presiden parti komponen Barisan Nasional yang ada skandal zinanya? Bagaimana pula dulu ada seorang pemimpin yang ada skandal dengan seorang artis di Port Dickson ? Bagaimana pula dengan pembunuhan warga asing di negara kita ? Adakah saudara Ridhuan Tee mencadangkan kepada kita semua untuk mengundi dan menyokong PAS dalam pilihan raya akan datang ?

Kalau ya maka semua Islam dan Melayu ikut tuntutan Ridhuan Tee untuk menyokong pemimpin yang baik dalam semua aspek iaitu meliputi fizikal , spriritual , rohoani dan jasmani.

Saya cabar Ridhuan Tee untuk namakan seorang pemimpin dan menteri dalam UMNO yang memenuhi kesemua kayu ukur pemimpin yang baik digariskan oleh anda. Seorang sahaja pun sudah memadai. Jangan lupa isu minum arak yang dibangkitkan terhadap seorang calon Pakatan Rakyat adalah ketika beliau berada di dalam UMNO. Mungkin juga beliau terpengaruh oleh budaya UMNO pada ketika itu.

Kedua , jangan lupa juga adab dan adat untuk bertanding dalam sesuatu pilihan raya juga amat penting juga. Pemimpin yang baik mesti berintegriti apabila mereka berstrategi dan berkempen. Pilihan untuk menyerang Zaid secara peribadi adalah lebih untuk menjatuhkan beliau daripada menginsafkan beliau. Kalau ikut Islam yang sebenar kita sepatutnya menginsafkan seseorang dan bukannya menjatuhkan mereka.

(continue reading…)


To Reply To A Coment In Malaysia Today Regarding My Article

Malaysia Today

written by jokersland, August 12, 2010 15:58:06

With your letter, you only expose yourself to another crime committed by Tee. Isn’t it a crime to forge a person signature ? Although Tee was given the mandate to use an EXCO letterhead, he must write his name and his own signature on behalf of the EXCO at the bottom of any letters. A defender or an offender ?

Just do away with any support letters as this is a very unhealthy practice. Moreover, with open tender, why you need any supporting letter ?

(continue reading…)


Copyright © 1996-2010 Shen Yee Aun | Politik. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress